Permulaan Operasi (Domain & Hosting Services)
MTA Solutions bermula dengan fokus kepada perkhidmatan domain, hosting dan pembangunan laman web asas.
MTA Solutions dikendalikan oleh seorang developer. Bukan pasukan besar dengan mesyuarat yang panjang dan hierarki yang melambatkan kerja. Anda berbual terus dengan orang yang buat website anda.
Mula Projek Bersama Kami"Saya tidak punya pejabat mewah di menara tinggi. Saya punya kod yang bersih dan rekod kerja yang bercakap sendiri."
MTA Solutions bermula pada tahun 2014 sebagai operasi solo. Dalam beberapa tahun, ia pernah berkembang kepada pasukan kecil sebelum akhirnya distruktur semula kepada model freelance solo.
Hari ini, ia dikendalikan secara individu oleh developer yang sama sejak awal. Kami memilih untuk kekal kecil dan fokus, kerana pengalaman lepas menunjukkan bahawa pertumbuhan yang terlalu cepat boleh menjejaskan kualiti dan sustainability operasi.
Disebabkan itu, kami hanya mengambil sejumlah kecil projek dalam satu masa. Ini bukan kerana kekangan, tetapi kerana setiap projek memerlukan perhatian penuh dan hasil yang konsisten.
Pendekatan ini membolehkan kami mengekalkan komunikasi terus, keputusan pantas, dan kualiti kerja yang stabil tanpa kebergantungan kepada struktur agensi besar.
Ini bukan keterbatasan. Ini adalah pilihan yang disengajakan. Ramai client kami lebih suka cara ini berbanding bekerja dengan agensi besar.
Setiap bisnes ada cerita. Ini milik kami.
MTA adalah singkatan nama pengasas. "Solutions" kerana setiap projek yang datang kepada kami adalah satu masalah yang perlu diselesaikan. Bukan sekadar website yang perlu "dibuat cantik".
MTA Solutions bermula dengan fokus kepada perkhidmatan domain, hosting dan pembangunan laman web asas.
Operasi dihentikan sementara untuk fokus kerja lain dan penstrukturan semula arah perniagaan
MTA Solutions kembali beroperasi sebagai studio pembangunan laman web secara freelance, dengan fokus kepada pembangunan web custom yang ringan, pantas dan berprestasi tinggi.
Ini bukan tagline pemasaran. Ini yang kami betul-betul praktikkan dalam setiap projek.
Hampir semua komunikasi dan kerja dilakukan secara online. WhatsApp, email, dan video call bila perlu. Ini bukan kekurangan, tapi cara kerja yang lebih efisien untuk kedua-dua pihak. Proses boleh berubah sedikit bergantung pada maklum balas dan skop projek
Walaupun kebanyakan komunikasi dibuat secara online, kami boleh atur pertemuan fizikal untuk client dalam kawasan Kelantan jika ia membantu proses perbincangan. Hubungi kami untuk menetapkan jadual yang sesuai.
Stack yang kami guna adalah proven, matang, dan sesuai untuk keperluan bisnes Malaysia, tanpa over-engineering yang tidak perlu.
Kami hargai soalan yang jujur. Jawapan kami pun jujur.
"Saya tidak janji website yang paling cantik di Malaysia. Saya janji website yang betul-betul berfungsi untuk bisnes anda."