Bina sistem pengurusan dalaman yang dibina khusus untuk cara bisnes anda beroperasi- bukan template generic yang perlu anda adapt. Inventori, HR, POS, atau apa sahaja yang anda perlukan.
Ramai syarikat masih guna Excel atau Google Sheets untuk urus data bisnes. Ini berfungsi bila anda kecil- tapi ada had yang serius bila bisnes berkembang.
Kalau anda ada lebih dari 3 orang pekerja yang akses data yang sama, atau proses operasi anda melibatkan lebih dari satu jabatan, atau anda selalu "tak pasti data mana yang terkini"- sudah tiba masa untuk naik taraf dari Excel kepada sistem yang sebenar.
Ini bukan senarai lengkap- kalau anda ada keperluan yang tidak tersenarai, hubungi kami. Kami bina apa sahaja yang boleh dibina sebagai aplikasi web.
Ini hanya contoh- kami bina sistem custom untuk pelbagai keperluan. Kalau anda ada proses bisnes yang melibatkan data, pengguna, dan laporan- kemungkinan besar ia boleh dijadikan sistem web. Ceritakan kepada kami, kami akan adviskan sama ada ia boleh dibuat dan berapa kosnya.
Banyak SaaS (Software as a Service) yang ada di pasaran. Kenapa anda pertimbangkan sistem custom? Ini sebab-sebabnya.
Kami guna teknologi yang proven, matang, dan sesuai untuk shared hosting Malaysia- bukan yang paling trendy tapi rapuh untuk produksi.
Semua sistem kami berjalan di atas shared hosting biasa Malaysia tanpa konfigurasi server yang rumit. Anda tidak perlu sewa VPS mahal atau hire DevOps untuk maintain. Mudah, stabil, dan sesuai untuk bisnes Malaysia.
Sesi perbincangan mendalam tentang cara operasi bisnes anda sekarang- siapa guna sistem ini, data apa yang perlu disimpan, laporan apa yang diperlukan, dan integrasi apa yang perlu ada. Output: dokumen keperluan yang dipersetujui bersama sebelum sebarang kerja bermula.
2-5 hariKami reka antara muka sistem- bagaimana setiap skrin kelihatan, aliran kerja dari satu modul ke modul lain, dan struktur menu. Anda meluluskan sebelum pembangunan bermula. Perubahan pada peringkat ini jauh lebih murah dari perubahan selepas kod siap.
3-7 hariSistem dibina modul demi modul- bukan sekaligus. Setiap modul yang siap dihantar kepada anda untuk semak sebelum modul seterusnya dimulakan. Pendekatan ini membolehkan anda beri maklum balas awal dan elak "surprise" di akhir projek.
3-8 mingguAnda dan pasukan anda menguji sistem dalam persekitaran staging (preview server) menggunakan data sebenar atau data ujian. Setiap bug dan permintaan perubahan dicatat dan diselesaikan sebelum go-live.
1-2 mingguSistem dipindahkan ke server produksi. Kalau ada data sedia ada (dari Excel atau sistem lama) yang perlu dipindahkan, kami bantu proses migration. Semua akaun pengguna, peranan, dan konfigurasi awal ditetapkan.
2-3 hariSesi latihan untuk admin dan pengguna akhir- boleh dibuat secara on-site atau via video call. Kami sediakan manual pengguna ringkas (PDF) untuk rujukan pasukan anda. Support berterusan tersedia selepas go-live.
1-2 hariProjek sistem adalah pelaburan yang lebih besar- wajar ada banyak soalan. Kami sedia jawab semuanya.
Bincang Via WhatsAppCeritakan kepada kami masalah operasi yang anda hadapi- kami akan cadangkan penyelesaian yang paling sesuai dan berikan anggaran kos yang jelas.