Biarkan sistem yang layan booking, sahkan slot, hantar peringatan, dan terima bayaran deposit.Sementara anda fokus buat kerja yang lebih penting.
Ini yang berlaku bila anda masih urus tempahan secara manual.Dan macam mana ia berubah selepas sistem dipasang.
Dari pelanggan buat booking hingga anda menerima notifikasi- keseluruhan proses berlaku automatik dalam beberapa minit.
Sistem kami boleh disesuaikan mengikut keperluan spesifik setiap industri.
Setiap bisnes ada cara operasi yang berbeza. Kami luangkan masa untuk faham keperluan anda sebelum tulis satu baris kod pun.
Kami faham dulu cara anda terima tempahan sekarang- jenis perkhidmatan, durasi setiap servis, bilangan slot sehari, polisi cancellation, dan keperluan deposit. Ini penting supaya sistem yang dibina betul-betul reflect cara kerja bisnes anda, bukan sebaliknya.
1-2 hariKami reka mockup halaman booking- dari pemilihan tarikh/slot hingga borang maklumat pelanggan dan halaman konfirmasi. Anda luluskan design sebelum pembangunan bermula untuk pastikan ia sesuai dengan brand anda.
2-3 hariKami bina keseluruhan sistem- kalendar interaktif, logik slot blocking, panel admin, sistem notifikasi email, dan (jika diperlukan) integrasi payment gateway untuk deposit. Setiap modul diuji berasingan sebelum digabungkan.
2-3 mingguKami simulate keseluruhan proses booking dari perspektif pelanggan- buat booking, terima email konfirmasi, test reminder, cuba batal dan reschedule, dan uji dashboard admin. Semua edge case (contoh: booking pada tarikh yang sama serentak) diperiksa.
2-3 hariKami tunjukkan cara guna dashboard admin- tambah servis baru, block tarikh, kemaskini status booking, dan baca laporan. Sesi latihan boleh dibuat via video call atau WhatsApp mengikut keselesaan anda.
1 hariPilih pakej yang sesuai dengan keperluan dan saiz bisnes anda.
Harga tidak termasuk hosting tahunan (~RM200/thn), domain (~RM60/thn), dan caj payment gateway untuk deposit.
Konsultasi percuma, quotation dalam 24 jam. Ceritakan pada kami cara anda urus tempahan sekarang- kami cadangkan sistem yang paling sesuai.